Thursday, July 24, 2008
Assalam'alaikum....
Semoga semua dalam keadaan yang sihat wal'afiat...
Alhamdulillah semuanya kini sedang berlalu dengan baik.
tiada apa2 masalah yang harus dinyatakan,...
syukur!
banyak yang telah ku pelajari dalam kehidupan yang amat singkat ini..
iaitu hanya dalam masa 20 tahun ini...
namun...
ku sedar bahawa banyak lagi yang ilmu yang menantiku di luar sana..
ilmu bukannya hanya dalam segi ilm agama...
bahkan ilmu pelajaran, ilmu kehidupan mahupun akhirat...
semoga sempat untukku mempelajarinya..
insyaAllah...
aku ingin menjadi seorang muslimah, iaitu seorang wanita Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang telah digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah...bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keIslaman, malah menjadikan Islam sebagai cara hidup...
aku ingin menjadi seorang mukminah, di mana aku bukan sekadar beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul-Rasul, beriman kepada Kitab-kitab Allah, beriman kepada Hari Kiamat, dan beriman kepada Qada' dan Qadar...bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar...Hakikat iman yang sempurna ialah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan....
aku ingin menjadi seorang mujahidah, iaitu wanita yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi...
dan aku juga ingin menjadi seorang muslihah...seorang wanita yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakkan yang berlaku dalam umat dan masyarakat...
Demi Allah, aku ingin menjadi seorang muslimah, seorang mukminah, seorang mujahidah, seorang muslihah....
Ya Allah...perkenankanlah doaku ini...
Amin....
Allah Maha Pemurah...
Semoga Allah sentiasa melimpahkan RahmatNya kepadaku, kepada keluargaku, kepada sekalian umat Islam....
mungkin masih banyak yang ingin ku kongsi bersama...
namun..
apakandaya..
masa tidak mengizinkan...
samapi di sini saja...
Wassalam!
---Selasa, 29July2008..
Basement Masjid Sultan..
Sambutan Malam Isra' Mikraj...
selepas Maghrib..
marilah kita memeriahkan lagi suasana di sana...
---Jumaat, 1august2008...
Masjid Sultan..
Siri Ceramah menjelang Ramadhan..
Pembukaan tirai oleh Ustaz Shafi...
5.45pm...
---Sabtu, 16august2008..
Majlis sambutan Malam Nisfu Sya'ban...
Stadium Bishan...
6pm..
Semoga ada manfaatnya...
17:37